Dalam satu posting di Page rasmi Muhyiddin Yassin di facebook, beliau memuji Pemain badminton perseorangan Negara, "Lee Zii Jia" yang berjaya merangkul kejuaraan di kejohanan berprestij dunia, All England. Berikut merupakan ucapan beliau berkenaan pencapaian cemerlang pemain ini.
"Tahniah Lee Zii Jia
Seluruh peminat sukan negara, khususnya badminton tentunya begitu teruja dengan kejayaan pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia merangkul kejuaraan kejohanan badminton All England, sebentar tadi.
Kejayaan menundukkan pemain nombor dua dunia dari Denmark, Viktor Axelson memberi makna besar dan suntikan motivasi buat pemain muda negara berusia 23 tahun ini selepas ditewaskan oleh pemain yang sama di peringkat separuh akhir kejohanan ini, tahun lepas.
Lebih manis Viktor Axelson adalah juara bertahan bagi kejohanan ini. Syabas sekali lagi buat Lee Zii Jia.
Kepada Lee Zii Jia, jadikanlah kejayaan ini sebagai perangsang untuk bekerja lebih keras dan menjadi lebih cemerlang pada masa hadapan. Perjalanan karier anda masih jauh. Tahniah juga kepada BAM dan barisan kejurulatihan atas kejayaan ini.
Syabas Lee Zii Jia! Anda wira kebanggaan negara."

Post a Comment