Pertemuan hampir 3 jam itu difahamkan susulan isu berkaitan pentadbiran serta kemelut semasa di negeri itu.
PETALING JAYA: Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim selesai menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selama hampir tiga jam di Istana Hinggap di Seremban petang ini.
Pertemuan itu difahamkan susulan isu berkaitan pentadbiran serta kemelut semasa di negeri itu, lapor Bernama.
Ismail tiba kira-kira 10.50 pagi tadi, manakala kenderaan membawa Tuanku Muhriz dilihat meninggalkan istana kira-kira 2.30 petang.
Terdahulu, kenderaan Undang Luak Sungai Ujong Muhammad Faris Johari dan Undang Luak Rembau Hassan Ab Hamid turut dilihat memasuki istana.
Sebelum ini, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan 10 ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang berkuat kuasa pada 20 Sept dan pembatalan itu diwartakan pada 24 Sept.
Exco terbabit terdiri daripada Mohd Faizal Ramli, Zaifulbahri Idris, Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Mohd Asna Amin, Mohd Razi Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Isa dan Razali Abu Samah.
