Pelancaran Dasar Perhutanan Malaysia oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin







Hari ini, saya telah melancarkan Dasar Perhutanan Malaysia sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa 2021 peringkat kebangsaan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong, Selangor. 

Dasar ini cukup bermakna kerana ia adalah penyatuan julung kalinya semua negeri di Malaysia dalam bidang pengurusan perhutanan negara yang telah menjangkau usia 120 tahun. 

Persetujuan untuk menerima dasar ini dibuat pada Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-78, yang saya pengerusikan 29 Januari lalu. Ia menggariskan hala tuju jelas dalam mendepani cabaran baharu sektor perhutanan negara di peringkat domestik dan antarabangsa.

Tahniah kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli serta semua kerajaan negeri atas komitmen tinggi sehingga terhasilnya dasar inklusif ini ke arah  menjamin pengurusan hutan secara bertanggungjawab dan lestari.


Sumber: Page rasmi Facebook Tan Sri Muhyiddin Yassin

Post a Comment

Previous Post Next Post