Pernah terfikir tak, peranti kat rumah atau kereta sendiri rupa-rupanya tengah diguna oleh hacker?
Isu terbaharu menunjukkan Malaysia dikesan jadi salah satu kilang botnet terbesar di dunia. Lebih 300,000 peranti aktif dijangkiti malware. Suspek utamanya? Android Box murah dan Smart TV, kemungkinan lain, Skrin Android Kereta!
Paling bahaya, malware ni ditanam terus dari peringkat kilang firmware. Buatlah factory reset banyak kali pun ia tetap tak nak hilang.
Nak elak jadi mangsa tanpa sedar? Ini beberapa langkah kawalan yang kita kena ambil segera:
Tukar kepada peranti yang ada pensijilan rasmi:
Tolong elakkan Android Box murah tiada jenama yang banyak menjanjikan siaran percuma seumur hidup. Seeloknya guna peranti berlesen Google macam Google TV atau Xiaomi TV Box.
Hati-hati dengan skrin Android kereta:
Head unit murah kat kereta tu kebiasaannya pakai sistem perisian yang dah diubah suai. Elakkan dari log masuk akaun emel peribadi utama. Paling selamat, guna sahaja mod Android Auto atau Apple CarPlay.
Jangan biarkan peranti terus bernyala dalam mod standby:
Bila dah tak guna, rajinkan diri cabut terus palam suis TV box tu. Kegiatan curi data dan operasi botnet ni biasanya bergerak aktif secara senyap di latar belakang.
Hentikan tabiat sideload APK meragukan:
Elakkan dari muat turun sembarangan aplikasi atau fail APK siaran haram dari sumber atau laman web yang tidak dikenali.
Perkara keselamatan digital ni bermula dari kesedaran kita sendiri dekat rumah dan atas jalan raya. Sila tekan butang kongsi untuk bantu selamatkan ahli keluarga serta rakan-rakan yang lain.
