Sempena Hari Polis ke-214 pada 22 Mac 2021 ini, beberapa buah negeri dan IPD di Malaysia telah menawarkan pengurangan / diskaun saman sebanyak 50 peratus. Secara umumnya, diskaun saman 50% sempena Hari Polis 2021 ini adalah untuk semua jenis saman KECUALI:
Saman Kemalangan Tahun 2020 & 2021
Saman status No Compound (NC) Tahun 2018 / 2019 / 2020 & 2021
Saman status bicara mahkamah (m)
Saman Berkaitan Kesalahan M / Lori
Saman Potong Secara Bahaya / Potong Q Tahun 2020 / 2021
Saman menggunakan lorong kecemasan Tahun 2020 / 2021
Saman jalan semasa lampu isyarat merah Tahun 2020 / 2021
Saman potong di garisan berkembar tahun 2020 /2021
Saman berkaitan ubahsuai ekzos yang dikeluarkan bermula 1/3/2021
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Berikut dikongsikan beberapa poster hebahan oleh IPD Polis yang terlibat di daerah / negeri yang terlibat untuk rujukan anda.
Diskaun Saman 50% Sempena Hari Polis 2021 (Mengikut Negeri)
NEGERI SEMBILAN
Tarikh: BERMULA 22 MAC 2021 HINGGA 7 APRIL 2021.
*Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban
PAHANG
IPD Kuantan
Tarikh: BERMULA 22 MAC 2021 HINGGA 2 APRIL 2021.
Raub, Pahang
Tarikh: BERMULA 22 MAC 2021 HINGGA 4 APRIL 2021.
MELAKA
PENGURANGAN SAMAN 50% DI MELAKA SEMPENA HARI POLIS KE 214 BERMULA 25-27 MAC 2021.
Tarikh: Bermula 25 hingga 27 Mac 2021
*Sumber: Polis Melaka Tengah
PERAK
Tarikh: Bermula 15 Mac 2021 hingga 31 Mac 2021.
*Sumber: Polis Daerah Manjung
NOTA:
Orang ramai diingatkan agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang COVID19.
Diskaun ini TIDAK ditawarkan di seluruh Malaysia. Bagi mengetahui sama ada di daerah anda menawarkan pengurangan saman ini, sila hubungi balai polis terdekat di kawasan anda.
Baca juga: 3 Kategori Kompaun PKP 2021 & Kadar Pengurangan Yang Ditetapkan
Untuk membuat semakan saman, sila rujuk panduan Sistem Semakan Saman Online PDRM di artikel SSO PDRM: Sistem Semakan Saman Polis Online & Status Repot
Jangan lepaskan peluang untuk menyelesaikan saman-saman trafik tertunggak anda dengan tawaran diskaun 50% sempena sambutan hari Polis ini!
Sumber: harianpost.my







Post a Comment