Penunggang motosikal maut selepas beberapa jam kemalangan

 


SIBU: Seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lanang awal pagi tadi ditemui meninggal dunia beberapa jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa dikenali sebagai  Pecyenson Serang Payin, 21, ditemui pengsan di hadapan bengkel oleh seorang penghuni yang tinggal di rumah sewa di bahagian atas pada jam 9.00 pagi.

"Berdasarkan keterangan seorang penghuni rumah sewa tersebut, mangsa masih dalam keadaan sedar ketika dia datang ke rumah sewanya untuk meminta bantuan
selepas terlibat dalam kemalangan pada jam 4.00 pagi itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun, penghuni rumah sewa menemui mangsa terbaring di hadapan bengkel dan menghubungi pihak Hospital Sibu pada jam 9.00 pagi.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital pada jam 10.46 pagi.

Menurut Stanley, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa terlibat dalam kemalangan di Jalan Lanang berhampiran dengan Bulatan Aman sebelum datang ke rumah sewa itu untuk meminta bantuan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke rumah mayat untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.

Difahamkan mangsa berasal dari Rumah Bajak, Sungai Semawang, Julau.

"Kes tersebut diklasifikasikan sebagai kemalangan jalan raya (mati lewat) dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," tambah beliau.


Sumber: UtusanBorneo

Post a Comment

Previous Post Next Post