MALAYSIA GABRA?




Penulis : kuntakinti

Dalam keadaan politik sekarang, di semenanjung, Sabah serta Sarawak terdapatnya beberapa perkara berbeza dari segi strategi dan struktur politik.

Polimek yang berlaku jelas menunjukkan adanya unsur-unsur survival politik pemimpin tertinggi UMNO yg terdiri dari 3 cluster, mahkamah, kabinet, pasif.

Zahid dan cluster mahkamah mementingkan survival mereka untuk segera bebas dari pertuduhan yang mereka hadapi. Dengan mengeluarkan kenyataan No DAP, No Anwar, No Bersatu, Zahid sebenarnya mahu menghimpunkan simpati ahli sekiranya beliau kemudian didapati bersalah di mahkamah. Agar dia dianggap telah dianiaya oleh PN dan PN menggunakan mahkamah untuk menyekatnya.

Bagaimanapun perlakuan Zahid seperti yang dimaklumkan oleh Tun M dalam satu pertemuan dengan beliau dipetik sebagai berkata "Zahid membawa fail mahkamah" sebagai satu syarat untuk bekerjasama dengan Tun M dan Bersatu di tengah-tengah kemelut politik dan hangatnya tekanan dari PKR khususnya untuk mendesak Tun M menamakan Anwar sebagai pengganti beliau dan satu tarikh ditetapkan bagi peralihan kuasa ketika itu. Adakah kemungkinan Zahid menggunakan UMNO untuk kepentingan peribadinya sendiri dan menangguk di air yang keruh. 

Apabila TSMY diberi perkenan oleh Agong untuk dilantik sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya kerajaan PN ditubuhkan juga dengan  penyertaan UMNO di dalam Kabinet. TSMY menegaskan beliau tidak akan mencampuri sebarang urusan Mahkamah. Ini memberikan ketegangan kepada Zahid dan cluster Mahkamah. Adakah kemungkinan beliau mengharapkan kes beliau digugurkan? 

Apabila Najib bekas PM dijatuhi hukuman penjara, Zahid sekali lagi menggunakan kesempatan itu untuk menekan kepimpinan TSMY dan PN dengan berkata "UMNO akan menilai semula kedudukannya dalam Kerajaan PN". Meskipun demikian, perasaan tidak berpuas hati memang terzahir secara semulajadi. Akan tetapi terdapat perencah rasa yang turut memainkan peranan dalam hal ini.

Tarikh 28 dan 29 Mac tetap diingati oleh seluruh rakyat Malaysia, apabila dengan angkuhnya Zahid berucap memutuskan hubungan dengan PBBM pimpinan TSMY. Selain itu menolak kerjasama dengan DAP dan Anwar? Pada masa yang sama menyatakan akan berbincang dengan parti lain bagi membentuk kerajaan baru selepas PRU15. dan secara terang-terangan pula Tok Mat menzahirkan kenyataan bahawa banyak faedah sekiranya PAS  bersama UMNO.

BANYAK PERSOALANNYA KAN??.. 

Bersambung... 

Aku menulis bukan kerna nama, kuntakinti bersuara sekali lagi selepas setahun menyepi. 

KUNTAKINTI®
 


Pihak Kami tidak mewakili pandangan penulis. 

Post a Comment

Previous Post Next Post